Rumah
sendiri tidak lagi selamat untuk dihuni. Pemerkosaan dan pencabulan
terutama kepada gadis-gadis sedang berleluasa. Berlaku bukan oleh orang
yang tidak dikenali atau 'stranger' tetapi dilakukan oleh kalangan ahli
keluarga yang sepatutnya dipercayai. Bapa kandung sendiri, abang, datuk,
adik, sepupu lelaki, sahabat karib, dan malah orang yang paling rapat
pun tergamak melempiaskan keinginan nafsu jehanam kepada tubuh kerdil
seorang ahli keluarga yang sepatutnya dilindungi. Perkara ini telah
berlaku, sedang berlaku, dan akan berlaku pada bila-bila masa. Ini
umpama 'time-bomb'. Meletup, meletup, dan akan meletup lagi. Yang
menjadi mangsa ialah wanita-wanita atau gadis-gadis kecil yang
memerlukan pembelaan.
Jika ada lelaki yang memang hidup
berpaksikan nafsu syawat semata-mata, jangan heran kalau enam dari
sepuluh gadis yang tinggal bersama-sama mereka, akan mengalami trauma
kerana 'taman' kesucian yang mereka pagari dan jagai selama ini
dicerobohi. Inilah kekejaman yang selalu lelaki pergunakan untuk
melenyak hidup seorang wanita.
Tuhan menciptakan wanita sebagai
pendamping, teman setia, sahabat, dan yang paling utama menjadi isteri
kepada seorang lelaki. Persoalannya ialah apabila seorang wanita menjadi
trauma kerana pengalaman masa lalu yang memang menggetirkan dan
menakutkan, bagaimana mungkin seseorang wanita itu menjadi pendamping,
teman, sahabat dan isteri yang baik dimasa akan datang?
Pada saya, jika inilah
keadaannya, saya akan mempersalahkan lelaki pelaku itu 100%. Kenapa
tidak ...? Jika lelaki yang sepatutnya menjadi pelindung ini
melaksanakan tanggungjawabnya, 'kemalaratan emosi' yang kini ditanggung
oleh wanita tersebut tidak akan, ya tidak akan pernah berlaku!
Perlakuan
kejam terhadap wanita tidak pernah akan ada pengakhirannya. Mustahil
dan infiniti! Kenapa? Anda tanya kenapa. Selagi ada lelaki yang ego,
Selagi ada lelaki sex maniac, selagi ada lelaki hidung belang, selagi
ada lelaki buaya, selagi ada lelaki biawak, selagi ada lelaki iblis
jehanam, selagi itulah pemerkosaan dan perogolan terhadap wanita ini
berlanjutan.
Saya juga lelaki. Ya, saya
memang seorang lelaki. Lengkap dengan ciri-ciri kelelakian. Mampu,
boleh, dan dapat melakukan apa sahaja perlakuan yang lelaki 'mahu'
lakukan kepada setiap 'perempuan'. Tapi ingat, kelelakian tidak
selalunya menjadi lesen kepada lelaki untuk melakukan 'apa saja'
terhadap seseorang wanita. Tidak, dan tidak sama sekali. Noktah!
Jangan
kata tidak dan jangan kata tiada. Di mana-mana di merata dunia ini ada
sahaja wanita yang mengalami penderitaan, penyeksaan, kesakitan, dan
malah kematian disebabkan 'kebinatangan' segelintir kaum lelaki. Nama
saja lelaki, tetapi hati perut bukan lelaki. Lelaki sepatutnya menjadi
pelindung kepada wanita, ini tidak. Lelaki pulalah yang menjahanamkan
wanita.
Kekejaman demi kekejaman
berlaku. Wanita yang kudratnya memang lemah berbanding lelaki, wanita
yang memang diciptakan dengan kelemah-lembutan, wanita jugalah yang
menderita dan mengalami kematian dek kekejaman manusia bergelar lelaki.
Di manakah lagi tempat yang aman
dan damai bagi wanita? Oh, jauh di lubuk hati saya ternyata berkecamuk
lentaran sangat emosional akan perlakuan tidak adil kepada wanita-wanita
ini. Apa yang ada dalam pemikiran mereka lelaki-lelaki ini? Apakah
hanya terfokus kepada 'benda' yang ada di celah kelangkang seorang
wanita, atau kerana membalas dendam, atau kerana kemarahan yang melampau
terhadap wanita, atau memang mahu menunjukkan 'ketokohan' menjadikan
wanita trauma? Kalau begitu, tidak ada lagi mana-mana tempat yang
selamat di mana pun di atas permukaan bumi ini selagi lelaki bernama
'jantan jehanam'.
Lihatlah beberapa foto wanita berikut yang mengalami penyeksaan dan kematian akibat 'keiblisan' lelaki:
The
last but not the least, saya selalu akur bahawa tidak semua lelaki
bersifat kejam terhadap wanita. Ada ramai lelaki di luar sana yang
menghormati dan menyayangi wanita setulus hati dan segenap jiwa. Syabas
dan tahniah kepada anda. Cuma saja wanita kadang kala tidak 'mampu'
menyelami lelaki seumpama ini. ... dan bukan semua wanita baik-baik
belaka. Ada wanita kejam lebih kejam dari hewan, dan lebih dashyat dan
lebih menggerunkan berbanding 'hantu'!
Catatan
ini cuma luahan minda saya semata-mata dan tidak ada kena-mengena
dengan sesiapa pun juga sama ada yang masih hidup atau yang sudah
meninggal dunia.
Post a Comment